Monday, 28 March 2016

folio sains - MENGANALISA ISU ALAM SEKITAR



PENGHARGAAN

            Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapakan.Sebagai pengenalan diri, saya (...............) dari (........) mendapat peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya  menyiapkan folio  ini  dengan sempurna.

            Sebagai permulaan,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah (.........................) , (........................) kerana telah membenarkan saya untuk membuat folio ini dengan sempurnanya.

            Terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah saya yang telah membantu saya dengan sedaya upayanya demi untuk saya dapat menyiapkan folio ini dengan jayanya. Sekiranya saya tidak bantuan daripada pensyarah saya,sudah tentulah saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini.

            Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah memberikan saya semangat dan nasihat serta bantuan kewangan kepada saya sepanjang tugasan ini demi untuk saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan selengkanya.

            Saya turut terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberi saya serba sedikit maklumat mengenai tugasan ini dan turut memjadi pendorong kepada saya untuk menjayakan tugasan ini.

            Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan folio ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan usaha murni ini. Sesungguhnya komitmen mereka akan dikenang sepanjang hayat. 


3.2 MENGANALISA ISU ALAM SEKITAR


Ø  MAKSUD “Pencemaran Alam Sekitar”
Pencemaran Alam Sekitar  merupakan kemasukan bendasing atau  bahan pencemar seperti bahan kimia, bunyi , haba, cahaya, sampah-sarap  dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan alam sekitar  tercemar  sehingga boleh membahayakan kesihatan manusia , mengancam sumber alam dan ekosistem , serta mengganggu kemudahan  alam sekitar seperti taman rekreasi , tasik buatan manusia dan sebagainya.

Ø  PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

 i.        Pembakaran bahan api fosil

·         BAHAN PENCEMAR UTAMA
a)    karbon Monoksida(CO)
Gas beracun yang dihasilkan oleh proses pembakaran bahan bakar fosil.Kebanyakan gas dihasilkan oleh kendaran bermotor.
b)   Nitrogen Oksida (NO)
Gas yang terhasil daripada hasil pembakaran bahan bakar

·         KESAN BURUK

Gas daripada kenderaan bermotor  disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan ,kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia seperti menejejaskan sistem respirasi manusia.

Peningkatan  suhu bumi berlaku yang disebabkan oleh pembebasan gas-gas pencemar seperti gas karbon dioksida ke udara yang akan meningkat dalam  udara. Kesannya, permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam seperti gempa bumi, letusan gunumg berapi dan sebagainya.





ii.        Pembuangan bahan sisa industri

·         BAHAN PENCEMAR UTAMA
a)    Bahan Radioaktif
Bahan radioaktif dihasilkan oleh stesen penjanaan kuasa nuklear.

b)   Bahan toksik
Kilang yang mengeluarkan bahan toksik (logam berat) seperti nikel,merkuri, kadmium dan merkuri, cat dan bateri ini menbawa banyak kesan terhadap alam sekitar.

·         KESAN BURUK
Pencemaran toksik akan menyebabkan manusia menghidap pelbagai jenis penyakit dan alahan seperti batuk kering, radang paru-paru, asma, dan penyakit kulit. Sisa toksik  juga akan menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak dan merencatkan akal manusia. Kesan daripada penggunaan bahan radioaktif yang berlebihan ini akan menyebabkan manusia mendapat mutasi dan pelbagai jenis kanser
 Selain itu, kesan sisa industri terhadap alam sekitar ialah \ pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain telah menyebabkan komposisi ruang udara tercemar dan teroksida. Pembebasan habuk terampai telah menyebabkan fenomena jerebu terutama ketika udara kering serta meningkatkan suhu bumi.

iii.        Bidang pertanian

·         BAHAN PENCEMAR UTAMA
a)    Racun serangga
Racun makhluk perosak yang digunakan terhadap serangga. Ia banyak   digunakan   dalam bidang pertanian, perubatan, industri dan isi rumah
b)   Baja kimia

·         KESAN BURUK
Racun kimia jika tidak dilupus dengan betul akan menyebabkan sisa racun atau baja kimia ini mengalir masuk ke punca air seperti sungai. Begitu juga jika sisa racun ini diserap oleh tanah akan menyebabkan kandungan air bawah tanah akan tercemar. Berlakunya pencemaran air dan tanih.
Penggunaan racun serangga pada sayur-sayuran secara berlebihan  akan menyebabkan kadar racun serangga dan bahan kimia akan terserap pada sayur-sayuran. Ini menyebabkan keracunan kepada manusia jika sayur-sayuran ini dimakan. Selain itu, semburan menggunakan bahan kimia bagi mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan kandungan bahan kimia sentiasa bertambah pada hasil pertanian. Kandungan bahan kimia ini akan menyebabkan cirit-birit, muntah dan membawa maut.

iv.        Pembuangan sampah sarap dan kumbahan

·         BAHAN PENCEMAR UTAMA
a)    Bahan pepejal
bahan pepejal seperti sampah sarap  organik ,kumbahan da sisa-sisa makanan
b)   Plastik tidak berbiodegrasi (non-biodegradable plastic)


·         KESAN BURUK
Alam  sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai serangga yang membawa penyakit seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih banyak. Umum mengetahui bahawa gigitan nyamuk aedes ini boleh menyebabkan penyakit demam denggi. Manakala, udara yang tercemar pula akan menyebabkan masalah pernafasan seperti penyakit asma.

Di samping itu, longgokan sampah sarap di merata tempat akan  mengakibatkan keindahan alam sekitar menjadi buruk yang merosakkan pandangan pelancong-pelancong yang lawat ke Malaysia. Ini menyebabkan pendapatan ekonomi terjejas.

v.        KENDERAAN DAN JENTERA

·         BAHAN PENCEMAR UTAMA
a)    Karbon Dioksida (CO2)
Gas yang dihasilkan melalui pembakaran bahan bakar dalam kenderaan

b)   Bunyi daripada kenderaan dan jentera

·         KESAN BURUK
Bunyi kenderaan yang bising adalah salah satu punca kepada pencemaran bunyi.Selalunya pencemaran ini berlaku di bandar-bandar apabila kesesakkan lalu lintas dan kepadatan kenderaan di jalan raya. Selain itu pencemaran bunyi berlaku dikawasan pembinaan yang terdapat jentera berat yang mengeluarkan bunyi bising. Kesannya,bunyi yang kuat akan merosakkan gegendang telinga. Bunyi bising juga akan meninggikan tekanan darah bagi orang tua.

Gas seperti karbon Dioksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.





vi.        Penggunaan klorofluorokarbon (CFC)

·         BAHAN PENCEMAR UTAMA
a)    Klorofluorokarbon(CFC)
Sejenis sebatian organik berbentuk gas yang mengandungi karbon, klorin dan fluorin. Klorofluorokarbon menjadi pelarut dalam tin aerosol seperti penyembur nyamuk. Selain itu, menjadi bahan pendingin dalam peti sejuk dan penyaman udara.

·         KESAN BURUK
Penggunaan klorofluorokarbon yang secara berterusan dalam industry akan menyebabkan penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.






Ø  KESAN RUMAH HIJAU

·         MAKSUD KESAN RUMAH HIJAU
 Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat sebagai penyimpan haba  yang akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

·         BAHAN MENYEBABKAN KESAN RUMAH HIJAU

a)    Secara semulajadi
Kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon.

b)    Secara buatan manusia
Kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan bermotor dan kilang pembakaran bahan bakar serta ujian senjata nuklear yang berlebihan.
Ø  KESAN BURUK  PEMANASAN GLOBAL

1. Peningkatan Suhu Bumi

Peningkatan suhu bumi akan mencairkan litupan salji di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan serta negara-negara pada ketinggian yang. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

2. Ganguan kepada hasil tanam-tanaman.

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas. Kekeringan sumber air permukaan bumi atau  kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, Udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas.

3. Perubahan Iklim

Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang tinggi. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan. Fenomena tersebut menyebabkan berlakunya perubahan besar terhadap iklim yang disebut sebagai 'Climate Change".






3.3 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Ø  MAKSUD PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

  Berusaha untuk melindungi ekosistem supaya sumber-sumber semula jadi digunakan dengan betul dan keseimbangan alam semula jadi dikekalkan.

Ø  MAKSUD PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

  Melaksanakan proses mengembalikan ekosistem yang terjejas kepada keseimbangan alam semulajadi dengan menggunakan pengurusan yang betul

Ø  KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

1)    Mengekalkan kesihatan yang baik.

Udara dan air tercemar menyebabkan penyakit. Contohnya, bahan pencemar udara, klorofluorokarbon yang boleh menyebabkan kanser kulit dan katarak mata. Oleh  itu, sangat penting untuk kita menjaga kualiti udara yang sihat.

2)    Memastikan air bersih mencukupi.  

Ini  dapat mengelakkan masalah kekurangan air untuk makan, minum dan digunakan harian. Sungai dan laut yang bersih menjamin kemandirian organisma akuatik serta kesihatan manusia yang menggunakannya.

3)    Melindungi habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Ini  dapat mengelakkan daripada kepupusan flora dan fauna. Rafflesia dan orang utan adalah antara flora dan fauna yang terancam akibat pemusnahan hutan. Selain itu, ia memastikan haiwan dan tumbuhan membiak kerana manusia bergantung kepada haiwan dan tumbuhan untuk keperluan harian







Ø  LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


1.    Penghutanan semula

      Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur.

2.    Penggunaan baja organik

      Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air dan tanih .Petani yang menggunakan baja organik dapat  menambahkan kesuburan tanah. Baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.

3.    Pertanian tetap
 Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya. Petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.







PENUTUP


            Di akhir tugasan ini, saya telah mempelajari seberapa banyak ilmu pengetahuan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Saya sedar bahawa keseimbangan alam sekitar amatlah merupakan perkara yang perlu di beri keutamaannya kerana bumi kita adalah tanggungjawab kita.
            Seterusnya, saya dapat mengetahui tentang punca-punca pencemaran dan kesan buruknya terhadap alam sekitar termasuklah manusia. Saya juga dapat tahu apakah itu kesan rumah hijau da kesan buruk pemanasan global.
            Akhirnya, saya dapat mempelajari kepentingan dan kaedah memelihara dan memulihara alam sekitar daripada pencemaran. Saya harap pada tugasan yang akan datang,  mendapat lebih ilmu pengtahuan tentang alam sekitar.




LAMPIRAN


 Asap daripada kenderaan bermotor dan kilang punca pencemaran udara
 
Sisa toksik yang dialirkan ke                           gas klorofluorokrbon yang                              
sungai punca pencemaran air                            dibebaskan ke udara                                                                                 
                                                                    menyebabkan penipisan ozon




  
Pembuangan sampah secara berlonggokan  meningkat keasidan tanih




RUJUKAN

1)BUKU ILMIAH
Chong Kum Ying, Mak Sew Yin, Sia Chwee Khim,“Focus Ace Spm Science”,2009. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., lot 8,Jalan P10/10, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

2)INTERNET



1 comment: